Postur asas dalam nyanyian Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam nyayian perlu dititik beratkan. Postur yang baik untuk menyanyi memang tidak tegang Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Antara postur asas dalam nyanyian terdiri daripada postur berdiri dan postur duduk . (Paton, J.,2006) …show more content…
Lutut perlu dilonggarkan sedikit (tidak dikunci) bagi mengelakkan ketegangan. Belakang badan dan dalam keadaan lurus. Dada dinaikkan dan bahu ditarik ke belakang iaitu tidak membongkok. Tangan berada di sisi badan. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. Gambar rajah 1.0 menunjukkan postur berdiri yang betul dalam nyanyian.
Gambar rajah1.0 menunjukkan postur berdiri yang betul semasa menyanyi.
Postur duduk
Postur duduk dalam nyanyian termasuk duduk tegak, kaki direnggang sedikit. Kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan selesa. Selain itu , tangan diletakkan di atas paha serta duduk di separuh atau satu per tiga bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan. (Muhammad Faiz Mahayudin, 2012) Gambar rajah 1.1 menunjukkan postur duduk yang betul semasa