Komunikasi merupakan aktiviti keperluan bagi setiap individu, kerana ia berlaku setiap hari. Komunikasi adalah proses berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada maklum balas di antara kedua-duanya (Abram, 1986 ). Selain itu komunikasi juga merupakan sesuatu mesej daripada penyampai kemudian dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima yang kemudiannya memberi maklum balas terhadap mesej tersebut yang mengembalikan isyaratedalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami (Sulaiman Md Yasin, 2002).
KONSEP KOMUNIKASI KHALAYAK
Komunikas terbahagi kepada dua bentuk iaitu komunikasi intrapersonal dan komunikasi interpersonal. Komunikasi intrapersonal satu bentuk komunikasi yang berlaku apabila individu terbabit bermonolog dengan diri sendiri. Komunikasi interpersonal pula merupakan satu bentuk komunikasi yang melibatkan beberapa beberapa individu yang teerdiri daripada penyampai dan khalayak.. Komunikasi interpersonal juga mempunyai mesej tertentu semasa proses ini berjalan. Komunikasi khalayak merupakan satu bentuk komunikasi yang melibatkan komunikasi interpersonal. Komunikasi khalayak terbahagi kepada 2 jenis iaitu, komunikasi khalayak umum dan komunikasi khalayak khusus. Komunikasi khalayak umum ialah satu bentuk komunikasi yang melibatkan mereka yang menjadi sasaran umum sumber komunikasi. Komunikasi khalayak khusus pula melibatkan individu atau kelompok masyarakat yang tertentu sahaja. Individu terbabit mempunyai dan dipengaruhi minat yang tertentu.sahaja.
MATLAMAT KOMUNIKASI KHALAYAK
Setiap aktiviti komunikasi khalayak yang disampaikan oleh penyampai mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Antara matlamatnya ialah, memberi pemahaman kepada khalayak. Penyampai memainkan peranan penting dalam proses ini . Keadaan ini perlu supaya penerima memahami apa yang disampaikan serta memberi manfaat kepada penerima.