Isi Kandungan
Penghargaan
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak memberikan sokongan dan sumber untuk menyiapkan folio ini dengan jayanya.
Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Fatin Izni,iaitu guru mata pelajaran Sejarah saya. Hal ini kerana beliau telah banyak berjasa dalam memberikan segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan folio ini.
Akhir sekali,saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana mereka telah memberikan sedikit idea secara tidak langsung kepada saya untuk memperbaiki kualiti dan mutu folio ini.
Sebelum mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya; Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang jua.
Sekian,wassalam.
Objektif Kajian
Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa objektif seperti yang berikut: a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya. b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehinggalah kepada generasi saya. c) Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya. d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya. e) Saya dapat menjadikan kegigihan anggota keluarga saya dalam mencapai sesuatu kejayaan sebagai panduan dan pedoman untuk meneruskan kesinambungan kemajuan dan kejayaan yang dikecapi oleh mereka agar tidak tergugat dan hilang begitu sahaja.