5 BUKHARI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada guru Bahasa Melayu yang tidak mengenal erti penat dan jemu mendidik anak bangsa serta rakan-rakan sekelas yang sentiasa berjuang dan berusaha untuk mencapai impian masing-masing. Kebanyakan masyarakat tidak menghiraukan adab dan sopan ketika makan. Oleh itu, saya ingin memberitahu anda adab dan sopan ketika makan pada hari ini.
Adab semasa di meja makan
Setelah membaca doa makan : 1. Duduk dengan postur yang betul supaya anda selesa dan dapat menikmati makanan tersebut 2. Rapatkan kaki anda. 3. Letakkan napkin di atas pangkuan riba dengan cermat * Jika anda ingin meninggalkan tempat duduk sementara, letakkan kain napkin di atas kerusi * Sekiranya anda meletakkan kain napkin di atas meja, ia menandakan anda telah selesai makan. 4. Tunggu semua orang berada di meja, barulah anda mula makan. 5. Suap makanan sedikit demi sedikit ke dalam mulut anda dengan cermat dan sopan. Jangan biarkan makanan anda tumpah. 6. Bongkokkan badan anda sedikit semasa menyuap makanan. 7. Gunakan sudu-garpu atau pisau-garpu dengan betul dan senyap. 8. Kunyah makanan anda dengan perlahan dan senyap tanpa membuka mulut bagi mengelakkan ketidakselesaan terhadap orang lain yang ingin menjamu selera. 9. Sebelum minum, telan semua makanan yang ada dalam mulut anda. 10. Jika makanan anda panas, biarkan makanan sejuk dahulu sebelum dimakan dan jangan tiup makanan di hadapan orang. 11. Ambil makanan secukupnya sahaja supaya tetamu lain juga dapat merasainya. 12. Minta orang yang berhampiran dengan anda untuk menghulurkan nakanan jika makanan itu jauh daripada kita. 13. Kumpulkan sisa makanan anda di tepi pinggan atau piring layan. 14. Kacau kopi atau the anda dengan perlahan. 15. Rapatkan kutleri anda setelah makan. 16. Beredar bersama-sama dari meja setelah selesai makan atau minta izin sekiranya anda perlu meninggalkan meja