1. NILAI DAN ETIKA KERJA
1.1 Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh setiap anggota di dalam sesebuah organisasi, dengan sendirinya dapat membentuk etika kerja yang positif serta budaya kerja cemerlang. Etika yang perlu dihayati untuk mencapai kecemerlangan ialah melalui penerapan nilai-nilai yang terpuji di kalangan setiap anggota bermula daripada ketua yang tertinggi hinggalah kepada peringkat anggota yang paling rendah. Di antara nilai -nilai tersebut adalah meliputi nilai-nilai yang berkaitan dengan akhlak, kepimpinan dan profesionalisma.
1.2 Secara umumnya nilai-nilai tersebut dapat diklasifikasikan seperti berikut:
i. Nilai-nilai peribadi asas; ii. Nilai-nilai Yang Mengutamakan Pelanggan; iii. Nilai-nilai Kepimpinan; iv. Nilai-nilai Profesionalisma dan v. Nilai-nilai Produktiviti/Kualiti.
2. NILAI-NILAI PERIBADI ASAS
2.1 Di antara nilai-nilai peribadi yang baik ialah:
i. Amanah ii. Ikhlas iii. Berdedikasi iv. Bertanggungjawab v. Berdisplin vi. Bekerjasama vii. Bersih viii. Tekun ix. Sederhana
2.2 Antara ciri-ciri anggota yang mempunyai nilai peribadi yang baik ini ialah:
i. Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan berusaha menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan;
ii. Melakukan kerja dengan sempurna, tidak mengharapkan orang lain dan rasa bersalah jika tidak dapat menyempurnakan tugas mengikut apa yang ditetapkan;
iii. Tidak memilih-milih kerja serta tidak menunjuk-nunjuk dalam menjalankan tugas kepada Ketua;
iv. Bekerja tanpa rasa jemu atau bosan serta sedia menjalankan sebarang tugas yang dipertanggungjawabkan;
v. Mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan diri dan sanggup berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan;
vi. Patuh dan taat kepada peraturan serta berpegang teguh