8.1 RANCANGAN PEMASARAN PRODUK
Queen Agrotech akan menjalankan penanaman cendawan dimana akan dapat memenuhi keperluan kehendak pasaran dan masyarakat terhadap cendawan.Cendawan bukan sahaja enak dimakan dengan pelbagai masakan ,malah ia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan dan boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit tertentu.Dengan perkembangan bidang bioteknologi,cendawan juga boleh dianggap sebagai penyumbang kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Selain dari itu cendawan juga boleh dikeringkan dan dijadikan serunding jika pemasaran terhadap cendawan segar tidak mendapat permintaan pada waktu-waktu tertentu.
8.1.1 PERINGKAT CADANGAN
8.1.1.1 Pemasaran akan dilakukan melalui bantuan Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan (FAMA).
a. Dilakukan bagi membolehkan pengusaha menumpukan perhatian kepada pengurusan dan penanaman.
b. FAMA akan membantu dari segi logistik dan pasaran.
c. Memperolehi pengalaman dan kebolehpercayaan sebelum memasuki pasaran terbuka secara sendiri.
8.1.1.2 Pembekalan dilakukan melalui kontrak bekalan iaitu konsep jaminan pasaran 100%.
8.1.1.3 Pemasaran akan dilakukan sendiri kepada pasaraya, pasar borong, pasar basah dan mana-mana ruang atau kaedah jualan yang ada bagi mendapatkan harga yang maksima.
8.1.1.4 Rangkain pembekal (sub-vendor) – networking
• Kelebihan kaedah ini ini adalah;
a. Sokongan pembekalan yang mantap bagi memenuhi pasaran sedia ada. Masalah utama pasaran sekarang adalah pembekalan yang tidak konsisten.
b. Membantu pengeluar kecil dengan menyediakan ruang pemasaran bagi mereka teruatama pengeluar bumiputera.
c. Kegagalan utama mereka adalah kapasiti pengeluaran yang kecil dan kurang upaya menyediakan bekalan konsisten.
d. Faktor harga yang perlu diambilkira dengan menetapkan harga minima. Sekiranya harga pasaran cendawan jatuh dibawah harga minima, peningkatan kos akan berlaku dan menyebabkan ramai pengeluar hilang keupayaan operasi.
8.2 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan