Bagi mempromosi sebuah filem kepada orang ramai, ia melibatkan beberapa proses penting seperti, publisiti, pengiklanan, pameran, media popular dan tayangan unggul. Ketika membuat sebuah filem, hal yang terpenting ketika filem tersebut telah diumumkan kepada media dan masyarakat umum adalah dengan menyusun strategi pemasaran filem tersebut. Sudah pasti ia dilakukan bersama teknik lain yang dikembangkan selama proses produksi filem tersebut berjalan.
Menurut Mc Allister, “Hollywood movies was $50 million of which $17.7 milliom was spent on marketing alone and by 1997 marketing of wide-release, ‘event’ films averaged about $25 million for advertising.” (2000, muka surat 103)
Semakin besar bajet sesebuah produksi filem tersebut, maka pelancaran promosinya boleh mengambil masa empat hingga lima tahun sebelum filem tersebut dikeluarkan. Strategi pemasaran seperti ini sudah lazim dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah. Malahan ia tidak terbatas di filem saja, namun produk elektronik, telekomunikasi, permainan video bahkan pemasaran buku juga sudah menggunakan strategi tersebut. Agensi pemasaran menjadi semakin penting.
Tanpa pemasaran dan promosi, sesebuah filem itu tidak akan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Malahan, barangkali filem itu tidak akan diketahui umum. Tanpa kedua-dua proses itu, kelancaran filem tidak mungkin