Tarikh : 10 Feb 2011(Khamis)
Masa : 0740 – 0810
Tempat : Dewan serbaguna
Tahun(Kelas) : Tahun 5 Merah
Bilangan Murid: 48 orang
Tunjang Pembelajaran: 2. Kemahiran
Tajuk : 2.1 Permainan Sofbol
Sub-tajuk : (i) Kemahiran Menangkap Bola Tinggi
Objektif : Pada akhir proses p&p ini murid-murid dapat:
Psikomotor : i. melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dengan teknik yang betul sebanyak 8 daripada 10 kali percubaan. ii. melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dengan teknik yang betul dan tepat dalam pertandingan sebenar.
Kognitif : i. menyatakan lima urutan yang betul semasa melakukan aktiviti. ii. menjelaskan kepentingan melakukan kemahiran menangkap bola tinggi dengan betul.
Afektif: i. menunjukkan perasaan seronok semasa menjalani aktiviti menangkap bola tinggi. ii. mengamalkan sikap bertoleransi apabila bertanding dalam perlawanan.
Kemahiran Berfikir: Menyatakan dan menjelaskan
Pengalaman sedia ada: Murid-murid dalam kehidupan seharian melibatkan pergerakan
Penerapan nilai : Bertoleransi
Penggabungjalinan: Bahasa Melayu dan Matematik
BSPP : Skital (4), Kon kecil(Marker), Bola Kecil (40)
BAHAGIAN/MASA | AKTIVITI | BUTIR MENGAJAR/FOKUS P&P | ORGANISASI | ALATAN/CATATAN | MemanaskanBadan(3 minit) | 1. Lari Anak (Slow Jog)2. Aktiviti regangan dari kepala ke kaki. | 1. Berlari dengan langkah pendek.2. Hayun tangan mengikut rentak langkah larian.3. Berlari dengan badan yang tegak.4. Pandangan semasa larian adalah di hadapan.5. Buat ulangan aktiviti sebanyak 3 kali.Lakukan perkara-perkara berikut sambil mengira sehingga lapan setiap satu perlakuan: 1. Berdiri lurus. Tundukkan kepala ke bawah dan pusing kepala ke kiri dan ke kanan. 2. Angkatkan kepala sehingga mendonggak dan pusing kepala kekiri dan ke kanan. 3. Pusingkan