Kalau diimbas kembali masa-masa lampau, salah satu faktor yang harus diakui adalah pada masa lalu tidak wujudnya harmoni yang sebenar antara kaum. Apa yang wujud hanyalah kurangnya perselisihan faham antara kaum, adaya rasa harmoni, toleransi, penyesuaian dan bukannya harmoni yang sebenar. Sebaliknya, ada bibit-bibit yang menyumbang secara tidak ketara tetapi dapat melansing nyaring lalu mencetus pergaduhan kaum yang terpencil atau merata-rata. Di Tanah Melayu, orang Melayu dan orang Cina mungkin hidup berjiran dan bertemu sewaktu menjalankan …show more content…
Sebahagian besar orang Melayu, terutama yang tinggal di kawasan desa tidak pernah bersua muka dengan orang Cina, dan begitu juga keadaan sebaliknya. Semasa penjajahan Jepun pula, sebilangan orang Cina telah bersuhabat dengan orang jepun dan direrima baik oleh mereka, Orang Melayu pula tidak diendah oleh orang Jepun kerana dianggap tidak berguna bagi tujuan mereka. Selepas Perang Dunia Ke-2 pula, orang Melayu merasa kecewa apabila pihak British mencadangkan supaya orang Cina dan India diberi hak yang sama rata dengan orang Melayu dalam Gagasan Malayan Union. Ketegangan hubungan Melayu-Cina memuncak semula tetapi dalam keadaan yang lebih rasional dan berterusan kesedaran bangsa Melayu terhadap rancangan