Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan teruk di Port-au-Prince dan kawasan sekelilingnya. Banyak binaan mercu tanda terkemuka yang begitu dahsyat dirosakkan atau dibinasakan, termasuk Istana Presiden (tetapi Presiden René Préval terselamat), bangunan Dewan Kebangsaan, Gereja Besar Port-au-Prince, dan bangunan penjara utama.[8] Ibu pejabat Misi Penstabilan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Haiti (MINUSTAH) yang terletak di ibu negara, turut runtuh dan Ketua Misi Hédi Annabi, timbalannya Luiz Carlos da Costa, dan pemangku pesuruhjaya polis disahkan terkorban.[9][10]
Titik gempa
Gempa terjadi di pedalaman, pada 12 Januari 2010, lebih kurang 25 kilometer (16 bt) barat-barat daya dari Port-au-Princedengan titik kedalaman 13 kilometer (8.1 bt) pada jam 16:53 UTC-5.[2], terletak di Enriquillo-Plaintain Garden. Gempa turut dirasakan di Teluk Guantanamo, pulau Cuba, di Kingston, Jamaica, di Caracas, Venezuela dan di Santo Domingo, Republik Dominican.
Dianggarkan 3 juta penduduk akan terjejas. Gempa sebesar ini pernah